Thursday, May 2, 2013

Jawatan Kosong Di RMC UTM Mei 2013

Tags


JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN 

GRED : W27 

KUMPULAN PERKHIDMATAN / KLASIFIKAS : SOKONGAN/PERKHIDMATAN KEWANGAN

JADUAL GAJI: 

MINIMUM – RM1,366.27 
MAKSIMUM – RM4,433.07

ELAUN: 

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00 
Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00 
Bantuan Sara Hidup : RM250.00 – Johor Bahru

SYARAT LANTIKAN: 

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- 

a) Warganegara Malaysia; 
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
c) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau 
d) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Dan 
e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON 

1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM 
2) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon. 
3) Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN 

Permohonan hendaklah sampai kepada :
UNIT PENGURUSAN SUMBER
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR

Tarikh Tutup : 10 Mei 2013