Sunday, August 25, 2013

Jawatan Kosong Felda September 2013

Tags

Jawatan Kosong Felda September 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi
mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PENGARAH AUDIT DALAM

Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT LANTIKAN

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Kelulusan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
- Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan
- Berpengalaman dan beramal dalam profesion ini lebih 10 tahun
- Mempunyai tauliah Audit Dalam (Certified Internal Auditor) Fungsi Bidang Tugas:

• Menjalankan tanggungjawab untuk fungsi perancangan dan penyelarasan Juruaudit
Dalaman;

• Menyediakan rancangan audit serta mengawas dan menyelia aktiviti Audit Dalam meliputi
program audit, skop kerja perjawatan, bajet dan latihan;

• Menjalankan tugas-tugas pengauditan merangkumi auditan pengurusan, kewangan dan
sistem maklumat pengurusan berkomputer serta lain-lain auditan yang berkaitan;

• Menyediakan laporan pengauditan dan menjalankan susulan ke atas cadangan audit.

CARA MEMOHON

a. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan perkhidmatan secara online melalui sistem e-jobs dengan melayari laman web www.felda.net.my

b. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan
Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing
dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang
telah dikemaskini.

c. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 September 2013.

CATATAN

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi No. Tel : 03-26172681 / 2685 / 2687

sistem e-jobs dengan melayari laman web www.felda.net.my