Sunday, August 18, 2013

Jawatan Kosong TUDM - Perajurit Muda Ambilan Julai 2013

Tags

Jawatan Kosong TUDM - Perajurit Muda Ambilan Julai 2013


TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON SEBAGAI PERAJURIT MUDA TUDM (PEMILIHAN AWAL)

Permohonan melalui melalui: www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup: 15 September 2013

Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, Atau

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Matematik, Salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.

Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.

Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.

Syarat minima ukuran fizikal:
Tinggi - 162 m
Berat - 47.5 kg
BMI - 18-25 (berat/ tinggi x tinggi)
Dada - Biasa 76 cm, Kembang 81 cm.