Sunday, August 25, 2013

Jawatan Kosong MIROS September 2013

Tags

Jawatan Kosong MIROS September 2013


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Pemohon diminta Isi borang permohonan jawatan kosong MIROS serta nyatakan jawatan yang dipohon. Sertakan salinan sijil-sijil seperti berikut:

a. Kad Pengenalan
b. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
c. Sijil Diploma
d. Transkrip Diploma
e. Sijil-sijil yang berkaitan
f. Resume lengkap

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS www.miros.gov.my

Tarikh tutup permohonan pada 09 September 2013.

Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.