Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi jawatan lantikan kontrak seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
1. PEMBANTU TADBIR (P/O) – SUASA EFEKTIF
i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh tutup 24 September 2013