Monday, September 16, 2013

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia September 2013

Tags

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia September 2013


Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak seperti berikut:

1. Pembantu Am Pejabat N1

(i) Berpelajaran diperingkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.

CARA MEMOHON:

(i) Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga
boleh difotostat.

(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.

(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.

(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(v) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan (u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

Tarikh tutup 18 September 2013