Sunday, September 29, 2013

Jawatan kosong Pembantu Penyelidik (Malaysian Cohort)

Tags

Jawatan kosong Pembantu Pembantu Penyelidik (Malaysian Cohort)


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut: PEMBANTU PENYELIDIK (KELAYAKAN IJAZAH) 

Gaji bulanan : RM1800.00 
Taraf jawatan : Sementara 
Tarikh tutup iklan : 2 Oktober 2013 

Syarat-syarat : 
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains pemakanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

(Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemakanan & Kesihatan Komuniti atau Dietetik akan diberi keutamaan) 

ii. Lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Syarat Tambahan : 
iii. Memiliki pengalaman dalam bidang penyelidikan dan analisis makanan. 
iv. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta mampu menjalankan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
v. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan. 
vi. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 
vii. Bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar bandar. 

Cara memohon: 
1. Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dikehendaki menghantar perkara-perkara berikut: 
a. Resume (CV) lengkap 
b. Salinan Transkrip Akademik Ijazah (telah disahkan) 
c. Salinan Sijil Pengurniaan Ijazah / Surat Pengesahan Tamat Pengajian Ijazah (telah disahkan) 

ke alamat: 
Sekretariat The Malaysian Cohort 
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) 
Tingkat 7, Blok Klinikal 
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 
56000 Cheras, Kuala Lumpur 
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan) 

ATAU 

Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Sekretariat The Malaysian Cohort di talian 03-91710415 

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga