Thursday, October 10, 2013

Jawatan Kosong KETENGAH Oktober 2013

Tags

Jawatan Kosong Ketengah Oktober 2013


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. Pegawai Tadbir
2. Juruukur Tetap
3. Juruteknik Awam
4. Pemandu Kenderaan
  
Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

sebelum atau pada 31 Oktober 2013