Monday, October 28, 2013

Jawatan Kosong Lembaga Maktab Mahmud - (GSTT)

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.

JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH

( Bidang Bahasa Arab )

( Bidang Pendidikan Islam )

( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )

( Bidang Sains Dan Matematik )

( Bidang Bahasa Inggeris )



KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TARAF JAWATAN : SANDARAN

GRED ELAUN : DC41

JADUAL ELAUN : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08

BULANAN


1. Syarat Lantikan Bagi Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah

Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia ;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 2149.03 ); atau

(ii) Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 1944.62 ); atau

(iii) Ijazah sarjana muda luar negara perlu mendapat pengiktirafan JPA;

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



CARA MEMOHON :


a) Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ .

b) Sila catatkan dengan lengkap nama jawatan serta bidang yang hendak dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.

c) Permohonan berikut akan ditolak :

i) Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;

ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iii) Tidak disertakan Wang Pos bernilai RM 5.00 bagi setiap satu borang permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-


Setiausaha

Lembaga Maktab Mahmud,

Persiaran Sultan Abdul Hamid,

05050 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )



Tarikh Tutup Permohonan : 07 November 2013

Catatan Am :
i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
ii) Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.


Sila klik disini utk download borang :-

BORANG PERMOHONAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH DC41