Friday, October 11, 2013

Legoland Malaysia

Tags

Legoland Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara dari saya yang sudah hampir 2 tahun tidak mengupdate blog ini dengan gaya penulisan yang tersendiri. Biasanya saya akan update pasal jawatan kosong je, itu senang je..cari mana2 jawatan kosong di laman sesawang yang mengiklankan kerja kosong tersebut, kemudian pos...abis cerita.



ok la, agak terasa kekok untuk menulis kembali dengan gaya ini, namun macam biasa, teruskan membaca coretan saya tanpa segan silu. Bersepadan dengan tajuk entri kali ini, saya perkenalkan Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru adalah salah satu pusat keriangan, percutian, keseronokan, kegembiraan dan seangkatan dengannya. Hebat sangat ke Legoland Malaysia ni, mau tak hebat.. pemes satu malaysia tentang legoland ni, siap ada iklan dalam tv, radio, media sosial bagai, tak kan xpemes kot..opkos la pemes walopon aku penah masuk skali je dalam legoland tu semasa preview...tu pun sebab dia bagi tiket percuma.. kalau dia xbagi tiket percuma...harap maklum saja la..

Mari kita mengenal sedikit sebanyak tentang Legoland Malaysia ni.  (ayat-ayat penceritaan dibawah sangat skema, harap maklum)



Tanggal 15 September 2012 akan merupakan satu detik sejarah baru bagi negeri Johor dan negara kita Malaysia iaitu bermulanya pelancaran taman tema bertaraf dunia yang pertama di Malaysia iaitu Legoland Malaysia. Legoland Malaysia ini merupakan rangkaian Legoland yang ke 6 yang bertempat di Nusajaya berhampiran Bandaraya Johor Bahru. Dengan terbinanya Legoland Malaysia, Malaysia kini boleh berbangga mempunyai taman tema bertaraf dunia yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.


Taman tema Legoland Malaysia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak bahkan kemeriahan juga akan terlihat pada orang dewasa. Seiisi keluarga tidak akan kecewa bila mengunjungi Legoland Malaysia ini dan penat lelah seharian tidak akan terasa terutama kepada kanak-kanak. Pengunjung Legoland Malaysia mesti sanggup meruangkan masa yang panjang untuk sama mengecapi keistimewaan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Menyediakan masa satu hari melawati dan mengecapi aktiviti-aktivit yang disediakan pasti tidak akan mencukupi. Kita tidak seharusnya terburu-buru untuk menikmati aktivit-aktiviti yang tersedia. Kita seharusnya melawat secara santai dan memberi peluang untuk anak-anak menikmati kegembiraan mereka semasa di Legoland Malaysia.

Peta Taman Tema Legoland Malaysia
Pihak Legoland Malaysia telah pun menetapkan waktu lawatan iaitu dari jam 10 pagi hingga 8 malam.  Walaubagaimanapun terdapat hari yang ditetapkan waktu lawatannya dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jadual lawatan boleh dirujuk di laman web Legoland Malaysia di http://www.legoland.com.my untuk mendapat jadual hari yang ditutup.


Bagi harga tiket harian telah ditetapkan iaitu RM140 untuk umur dari 12 tahun hingga 59 tahun, RM110 untuk umur 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi yang berumur 60 tahun ke atas ditetapkan dengan harga RM110. Pihak Legoland Malaysia juga menawarkan tiket harian promosi serta Pas Tahunan dengan harga istimewa. Sentiasa rujuk laman web Legoland Malaysia untuk mendapat maklumat terkini. "

Dan satu lagi review dari saya, taman tema air legoland malaysia telah pun dibuka. jadi kepada semua rakyat malaysia yang suka bermain air, sila hadir ke legoland malaysia dengan segera. Namun jika dilihat dari harga tiket legoland ni, agak2 mahal bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti saya. Jadi, saya main air kat rumah jela, guna kolam renang yang anak saya punya pon ok.

Jadi, tunggu apa lagi..seperti selalu diperkatakan oleh legoland malaysia... " Mainkan peranan anda"... datang la beramai2 ke legoland Malaysia. Sekian..



Peta Arah Ke Legoland Malaysia