Saturday, February 2, 2013

Jawatan Kosong Di Institut Integriti Malaysia (IIM) Feb 2013

Tags


Institut Integriti Malaysia (IIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

1. SETIAUSAHA PEJABAT (SEKTOR SWASTA)

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred IIM 27
Jadual Gaji : RM 1,439.77 – RM 3,775.97 * Gaji adalah tidak termasuk imbuhan/elaun
Kekosongan : 1
Syarat Lantikan :

a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf;

c) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang yang berkaitan; dan

e) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Pengarah Sektor Swasta berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Pengarah Sektor Swasta dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Cara Memohon

a)Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM/AD15 Pind.2011) yang boleh diperoleh di IIM atau muat turun di laman web http://www.iim.com.my

b)Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u.p : Unit Sumber Manusia)

c)IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan

d)Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2013.

Catatan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.