Saturday, February 2, 2013

Jawatan Kosong Di Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia (SME CORP. MALAYSIA)

Tags


Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Jawatan-jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. Pengarah, Gred 4
2. Pengurus Kanan, Gred 6
3. Pengurus, Gred 7
4. Penolong Pengurus, Gred 8
5. Pembantu Pentadbiran, Gred 14

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Level 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan, slip gaji terakhir dan sijil-sijil lain yang berkaitan).

Tarikh tutup permohonan : 15 Februari 2013

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini 
borang permohonan sila klik sini