Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
1. Pegawai Kawalan Alam Sekitar
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Penilaian
4. Juruteknik Ukur Bahan
5. Penghantar Notis
6. Penolong Pegawai Senibina
7. Setiausaha Pejabat
8. Juruteknik Awam
9. Pembantu Tadbir (Kewangan)
10. Pembantu Am pejabat
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh tutup permohonan 22 April 2013