Monday, April 22, 2013

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Tags

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan mulai 1 April 2011. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut :

1. PEGAWAI SIASATAN GRED P41/P44
2. PEGAWAI SIASATAN GRED P52


Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan borang permohonan jawatan beserta salinan sijil-sijil akademik, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 6 Mei 2013 kepada:

Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara,
Bangunan Menara Usahawan, Presint 2,
62652 W.P PUTRAJAYA.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari www.eaic.gov.my

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.