Wednesday, April 10, 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Mara (UITM) April 2013

Tags


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI), UiTM Shah Alam secara kontrak.

SYARAT PELANTIKAN

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 1. PEGAWAI EKSEKUTIF (3 Kekosongan)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
i.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada RM1361.14); atau

 ii.  Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi     pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada RM1661.95); atau

iii.  
Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi    pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada RM1737.15); dan

d.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon
yang memiliki diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan,
Teknologi Maklumat atau Komunikasi dan Media).

2. KERANI (1 kekosongan)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
i.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. 
Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan atau     kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada RM1209.02) atau

iii. 
Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik-politeknik tempatan    atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM1378.22); Dan

d.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Atau

e. Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
serta mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris, bahasa Cina atau
bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut; Atau

f.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa
Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta penguasaan bahasa
yang tinggi dalam bahasa-bahasa lain yang berkenaan. dan  Lulus
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

(b) Hanya permohonan yang disenaraikan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

(c)
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan
daripada tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan
hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi
MARA yang boleh diperoleh dengan memuat turun borang berikut (klik
disini) atau boleh mengambil sendiri di Institut Pengurusan
Penyelidikan (RMI) Shah Alam. Sila kemukakan permohonan kepada:-

PENOLONG NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN)
INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
TINGKAT 3 BANGUNAN WAWASAN
40470 UiTM SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

No. Telefon: 03-5544 2090/03-5544 2754

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 19 April 2013.