Saturday, February 8, 2014

JAWATAN KOSONG DI UTHM HOLDINGS FEBRUARI 2014

Tags

Jawatan Kosong Di UTHM Holdings Februari 2014


UTHM Holdings ingin menjemput warganegara Malaysia yang layak dan dinamik untuk mengisi kekosongan jawatan di UHSB Travel and Tours Sdn. Bhd. (Syarikat Subsidiari UTHM Holdings Sdn. Bhd.)

Jawatan Kosong Di UTHM Holdings Februari 2014

1. Pengurus Operasi
2. Pegawai Tempahan Dan Tiket

Maklumat jawatan 

1.  Pengurus Operasi

TARAF JAWATAN : Kontrak / Tetap

KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :

• Warganegara Malaysia.
• Pemegang Ijazah / Diploma.
• Minimum 6 tahun pengalaman di Industri Pelancongan (termasuk 3 tahun di peringkat pengurusan).
• Kemahiran:
• Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan jelas.
• Fasih dalam Bahasa Inggeris.
• Kemahiran pengurusan dan organisasi yang cemerlang.
• Penguasaan komputer / Perisian Perakaunan.
• Keupayaan membentuk dan menguruskan pasukan.
• Berdaya tahan menghadapi tekanan pada masa-masa puncak.

BIDANG TUGAS :

• Membantu pengurusan syarikat dengan menyelia dan memberi motivasi kepada kakitangan selaras dengan prosedur 
syarikat dan memastikan pematuhan dengan dasar syarikat secara keseluruhan.
• Antara tanggungjawab termasuk
- Pembangunan jualan
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan kakitangan
- Pengurusan operasi harian 
• Mempromosi dan memasarkan perniagaan.
• Mengurus peruntukan dan rekod kewangan.
• Menyelia jualan produk pelancongan dan pakej pelancongan.
• Menyusun atur cara dan destinasi bagi memenuhi permintaan pelanggan.
• Menangani pertanyaan pelanggan dan berusaha untuk memenuhi jangkaan mereka.
• Berurusan dan bekerjasama dengan pihak dalam dan luar bagi mewujudkan hubungan perniagaan jangka panjang.
• Menyelia perniagaan secara efektif dan cekap.
• Merunding perjanjian dengan rakan perniagaan.
• Menganalisis pasaran dan pelan perniagaan mengikut perubahan pasaran.

2. Pegawai (Tempahan dan Tiket)

TARAF JAWATAN : Kontrak / Tetap

KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT :

• Warganegara Malaysia.
• International Airlines Travel Agent (IATA) atau Diploma yang sama.
• 2 hingga 4 tahun pengalaman kerja dalam agensi pelancongan, syarikat penerbangan atau agensi penerbangan
(bahagian jualan).
• Pengalaman bekerja dalam semua sistem tempahan.
• Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, kemahiran berkomunikasi dan penyampaian / pembentangan.

BIDANG TUGAS :

• Menjawab panggilan & e-mel daripada orang ramai.
• Membuat tempahan jualan khusus berkenaan agensi-agensi pelancongan, akaun perdagangan, kumpulan dan 
pelancongan.
• Menyampaikan maklumat kepada pelanggan mengenai tambang, kadar, jadual, perjalanan, atur cara, dokumen 
perjalanan (Visa, Pasport dan lain-lain), ketibaan penerbangan dan masa berlepas, dan perkhidmatan lain yang 
berkaitan dengan cara yang menyenangkan, dan sopan.
• Menyelesaikan konflik pelanggan dengan pengendalian yang berhemah.
• Memaklumkan kepada kepada pelanggan perubahan penerbangan dan jadual.
• Membantu kakitangan syarikat dalam mengatur dan merancang perjalanan (urusan peribadi atau perniagaan).
• Mengira dan memberikan kadar dan peraturan tambang.
• Mengeluarkan tiket, pertukaran atau pengesahan semula yang dijana daripada komputer.
• Mengira dan mengeluarkan pembayaran balik untuk pembelian tiket.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Dan 15 Februari 2014 (Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan).

TARIKH LANTIKAN : 16  Februari 2014

BORANG PERMOHONAN : Klik Untuk Muat Turun

DOKUMEN SOKONGAN : Curiculum Vitae (CV), Salinan Kad Pengenalan & Salinan Sijil Berkaitan (DISAHKAN)

STATUS PERMOHONAN : Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh syarikat untuk proses temuduga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas 1 bulan daripada tarikh permohonan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

PENGHANTARAN DOKUMEN : Dokumen yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN
UTHM Holdings Sdn. Bhd.
Blok C, UTHM (Kampus Bandar),
Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.