Saturday, February 8, 2014

JAWATAN KOSONG MBSA FEBRUARI 2014

Tags

Jawatan Kosong MBSA Februari 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. Pegawai Tadbir
2. Arkitek Landskap
3. Pegawai Penilaian
4. Pembantu Awam
5. Pemandu Kenderaan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh iklan dikeluarkan : 27.01.2014
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 10.02.2014