Saturday, February 8, 2014

JAWATAN KOSONG PERBADANAN LABUAN FEBRUARI 2014

Tags

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan Februari 2014


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Labuan seperti berikut:-

1. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED : N27

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK

BILANGAN KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN

JADUAL GAJI:

Gaji Minimum RM1,362.00 
Gaji Maksimum RM5,092.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM145.00

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00] 

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00


(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [Gaji Permulaan : RM1,661.95]


(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,737.15]

(v) Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan
bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran
pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan
Undang-Undang.