Thursday, November 24, 2011

Anak Normal atau OKU, Terimalah Seadanya, Tapi Mampukah Kita?

Tags

Korang perasan x..sejak dua menjak ni aku asik update post pasal kisah2 kekeluargaan dan anak je... Entah la...aku pon xtau cane nk mulekan sume ni.. tapi aku try le tulis ... Bertajuk seperti diatas, pasti anda sudah pon tau ape yang aku nak tulis ni kan...Tapi, sebelum anda membaca semua kisah ini, saya mohon ampun dan maaf sekiranya kandungan penulisan saya ini bisa mengguris hati anda dan mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ni.. ape bende la aku ni..kejap saya..kejap aku...erk..
Gambar sekadar Hiasan Hasil Carian Menggunakan Encik Google
Kisahnya bermula macam ni, dua minggu lepas aku pergi anta anak aku g klinik untuk rutin checkup dia tuk 10 bulan... so hari tu agak ramai golongan ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk checkup, so terpaksa la menunggu turn...agak lama gak aku rasa menunggu. so, dah setel timbang anak aku sume, tunggu giliran masuk bilik pemeriksaan.
so masa menunggu tu, sesuatu yang membuatkan aku berfikir seketika terjadi. kelihatan sorang pakcik dan makcik mendukung anak mereka, aku syak anak-anak itu kembar kot, sebab muka dia seiras,  tp xtau le kot2 bukan kembar. namun si abang lebih besar berbanding dengan si adik. Si abang adalah kanak-kanak normal, manakala si adik adalah kanak-kanak OKU. Kelihatan ayah mendukung si abang dan ibu mendukung si adik.

Nampak lebih senang ayah menguruskan si abang kerana dia kanak-kanak normal, namun kelihatan si ibu agak susah untuk menguruskan si adik kerana dia kelihatan takut kepada masyarakat sekeliling dan bergerak-gerak seperti tidak selesa dengan keadaan ramai orang. Tersentuh hati aku melihat kegigihan mendukung si adik yang aku rasa berumur dalam 2 tahun itu. Dengan liuk lentok nya, memang aku akui susah untuk mendukung si adik itu untuk pergi ke tempat timbang. Namun si ayah kelihatan bersahaja dan membiarkan ibu menguruskan si adik itu. Selepas ditimbang si abang dan si adik, dipakaikan semula pakaian mereka, aku lihat hanya ibu yang menggosok-gosok belakang si adik untuk menenangkannya, dan ayah berlalu dari situ dan membawa si abang berjalan2 di segenap klinik itu. Lama aku perhatikan ibu yang menggosok-gosok belakang si adik, kelihatan belaian yang penuh dengan kasih sayang yang mendalam terhadap anaknya walopon ia adalah kanak-kanak OKU. 

Namun, beberapa persoalan bermain di fikiranku... kenapa ibu yang mendukung si adik yang OKU, manakala ayah mendukung si abang yang normal?.. kenapa?.. .. padahal bagi aku, mendukung si adik yang OKU haruslah diberikan kepada ayah kerana si adik agak susah untuk diuruskan memandang dia selalu meliuk lentok kan badannya ke kiri dan ke kanan...sebab aku tengok, ibu terpaksa memegang si adik dengan kuat agar tidak terjatuh tadi, tidakkah tugas2 berat harus diberikan kepada ayah ?... sampai skrang aku masih xtau apa sebabnya.. dan kesimpualan awal yang dapat aku buat, mungkin mereka telah menjadualkan hak penjagaan bagi anak-anak mereka?.. atau pon mungkin ayah malu untuk mendukung si adik yang OKU? atau mereka ada jawapan yang tersendiri.

Tapi betol kata orang, kasih ibu tiada tolok bandingnya, kasih ibu  membawa ke syurga. Aku tabik pada ibu tadi, dia seorang ibu yang tabah dan cekal. Bagi aku, bukan mudah untuk menguruskan anak-anak OKU. Bukan saja menguruskan anak OKU, tetapi jikalaulah kita diuji, kita mempunyai anak OKU, adakah mudah untuk kita menerima kenyataan ini?.. tidak semua orang boleh menerima kenyataan ini, aku yakin dan percaya, golongan ayah agak susah untuk menerima kenyataan ini, namun bagi golongan ibu, anak tetap anak, tiada perbezaan antara normal dan OKU.. kasih sayang akan dicurahkan sepenuhnya tanpa pilih kasih dengan anak-anak yang lain. anya ibu dapat merasai pahit maung mengandungkan anak, hanya ibu yang mengetahui kesakitan semasa melahirkan anak, hanya ibu yang merasakannya. sebab itulah bagi ibu, anaknya adalah segalanya bagi nya.

Kepada semua ibubapa diluar sana, hargailah anak anda tidak kira lah ia nya normal atau OKU, anak-anak adalah rezeki yang Tuhan bagi, jaga lah ia sebaik mungkin. Jangan lah sesekali menganggap anak anda sebagai bebanan bagi anda.

Dengan ini, sekian saja dari saya..

2 comments

so touching entry mu nih...sob..sob...

This comment has been removed by the author.