Sunday, October 30, 2011

Kenapa awak nak jadi cikgu?

Tags


Kenapa awak nak jadi cikgu? ialah soalan yang biasa di tanya oleh penemuduga semasa temuduga memasuki apa jua bidang perguruan samada guru KPLI, DPLI, GSTT dan sebagainya. mungkin pelbagai jawapan yang ilmiah bisa anda jawab bagi soalan begini. Tapi, adakah jawapan anda memuaskan hati pihak penemuduga. Adakah anda betul betul berminat dengan bidang perguruan ini, atau hanya demi mendapatkan kerja kerajaan. Di sini mari kita sama sama kongsikan bersama antara jawapan yang sesuai untuk dijawab jika soalan sebegini diutarakan oleh panel penemuduga. Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka mari kita  mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah  tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.
Namun sebelum itu, jangan ambil jawapan ini jika anda tidak merasai atau menjiwainya. Dalam kata lain, mulut kata lain, hati fikir lain. Saya cuma bagi cadangan kerana ada ramai yang merasai apa yang ada di bawah, tetapi sukar untuk mencari ayat ayat yang sesuai untuk dikatakan.


1) Saya nak jadi cikgu kerana kerjaya cikgu adalah punca rezeki yang baik. Apabila saya menjadi cikgu saya bukan sahaja memperoleh pendapatan , saya juga beroleh ilmu semasa saya belajar untuk mengajar, pahala dan  doa doa dari anak murid yang mendoakan saya.


2) Ini ialah cita cita dan minat saya sejak kecil.  Saya sedar saya ada kebolehan menjadi penyampai dan pengajar yang baik selain hati saya yang meminati ilmu.


3) Kerjaya cikgu mulia di mata masyarakat. Saya mahu jadi sebahagiannya.


4) Kerjaya ini menjadikan manusia itu ada jiwa dan ilmu. Semua  pekerja samada dari  pemimpin hingga orang  bawahan  yang ada di dunia bermula dengan didikan seorang guru. Betapa tinggi tarafnya kerjaya ini.


5) Saya nak jadi cikgu kerana saya mahu ilmu yang di beri kepada murid  dapat di manfaatkan oleh mereka  bila dewasa nanti ,dan pahala saya menyampaikan ilmu dan kebaikan akan dibalas oleh Allah.InshaAllah.


6) Saya sayangkan kanak-kanak. ( yeke ?)

Ada lagi tak cadangan jawapan kenapa anda nak jadi cikgu?. Kalau ada, marilah berkongsi bersama sama di sini. Moga dapat di manfaatkan semasa temuduga  nanti. Cuma harapnya jawapan itu bersama hati yang ikhlas.
Jadi, untuk diri anda, apakah sebenarnya yang menjadikan anda berhasrat nak jadi cikgu? Dan apakah dengan sebab itu, anda percaya ia akan memberi kesan yang baik kepada tahap pendidikan anak bangsa, dan kepada pembentukan modal insan setiap warganegara kita kelak? Sila catatkan respon anda…

13 comments

pengalaman semasa temuduga... jawab dengan jujur dan ikhlas.. saya jawab memang saya betul2 minat mengajar :)

itu la sebaik2 jawapan..ikhlas..hihi..

Terbaiklah..tanpa cikgu siapalah kami semua

Sebab mak suruh T.T waaa!

Tq for the info..

keikhlasan dlm hati dan jujur itu penting

sebab mula2 xminat , nk jdi polis mcm atok . last2 cita2 nenek sya yg sya nk kan . jdi seorang gurub😅😂😅😂

Sebab guru nie byk cuti lam setahun..tu sy berminat menjadi guru..hehe

Sebab guru nie byk cuti lam setahun..tu sy berminat menjadi guru..hehe