Wednesday, May 23, 2012

Caj perkhidmatan: PTPTN serah kepada PM, KPT

Tags

SHAH ALAM: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat keputusan mengenai saranan pemansuhan caj perkhidmatan satu peratus. 
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata caj tersebut dikenakan ke atas peminjam bagi menampung kos pengurusan dan pentadbiran PTPTN.

"Ia juga untuk menampung pembukaan cawangan PTPTN di negeri, di mana kita sudah buka cawangan di Sabah, Sarawak dan Pahang, manakala di Melaka akan dibuka dalam masa terdekat.

"Kita nak mudahkan ibu bapa dan pelajar hubungi kita, sebab itu kita turun padang dan buka cawangan di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Universiti Teknologi Mara, di sini. 

Beliau diminta mengulas saranan yang dibuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, pada debat bersama Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli mengenai PTPTN, yang dianjur akhbar Sinar Harian, di sini semalam. - BERNAMA
(sumber dari sini)