Sesibuk mana pon kita, sebizi mana pon kita, takkan la tak ada masa langsung untuk diluangkan bersama keluarga. Jadi kepada ibubapa diluar sana, luangkan lah masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Jangan sampai mereka dah tak ada baru nak cari. Kepada yang belum kahwin, luangkan lah bersama ibu dan bapa anda, kepada yang sudah bergelar suami atau isteri, luangkan lah masa bersama pasangan anda. Keluarga lebih penting dari segalanya, percaya lah.
so, Minggu lepas, 05/05/2012 lepas solat zohor, tak tahu nk buat ape plak kat rumah, maklumla ari sabtu. seperti kebiasaan, saya hanya meluangkan masa untuk bermain dengan anak saya, main kejar² ke..main sorok² ke.. asal dia seronok sudah. Memang tidak dinafikan, membesarkan anak memang cukup mencabar. Tambahan pula beliau sudah semakin besar, boleh berjalan, berlari, boleh sepahkan rumah, boleh ungkai kain, boleh koyak² kertas pastu tabur, dan yang terbaru sekali boleh menunjukkan perasaan protes beliau dengan berguling-guling sambil menangis dengan kuat, sangat mencabar dan menyerabutkkan perut. Jika saya tidak dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi setelah bergelar bapa ini, kes dera mungkin terjadi.
Tiket zoo johor ni paling murah kot, RM2 sahaja untuk dewasa dan kanak2.. anak2 kecil tidak dikira. masuk je zoo, jalan2 tengok2 sekeliling, mak oiii..penat pulak rasa berjalan ke hulu hilir macam ni..agak banyak binatang dalam zoo ni, tapi gajah tak ada rasanya, binatang lain seperti buaya, rimau, unta, tapir, burung2 dan monyet, rusa dan lain2 lagi ada.. jadi pusing kami la kami 3 beranak dalam zoo tu.. dekat sejam dalam zoo tu..rasa bosan la plak.. takde la besar mana pon zoo tu..setengah jam pusing dah abis la.. amik gambar sane sini... lepak la atas kerusi untuk menghilangkan penat lelah..