Friday, May 11, 2012

Seronok ke Dera Bayi dan Anak ?

Tags

Malaysia, sebuah negara yang pesat membangun dan semakin menuju kearah negara maju menjelang tahun 2020. Namun, adakah pemikiran dan corak perbuatan rakyat di negara kita ini mununjukkan kita semakin hampir untuk mencapai negara maju. Semakin hari sifat perikemanusiaan semakin hampir dilupakan, dek ditelan arus zaman barangkali. Berbagai usaha dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mencapai modal insan kelas pertama. Namun, adakah kita telah mencapai tahap tersebut.
Sejak akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan perbuatan yang agak kurang bertamadun, dimana pada bulan mac yang lalu, negara kita dikejutkan dengan perbuatan pengasuh taska melakukan perbuatan yang agak kurang bermoral terhadap kanak-kanak dibawah jagaannya. Tindakan sabotaj terhadap majikan dikatakan alasan kepada perkara ini berlaku. Namun, hari ini tindakan seorang ibu yang bernama ira dikatakan mendera bayinya sendiri yang berusia 10 bulan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat malaysia. Ibu kepada bayi malang ini dikatakan mengalami tekanan hidup dan melepaskan geramnya terhadap bayi tersebut. Sinonim dengan watak utama, watak sampingan yang dominan dalam kisah ini adalah noor, insan yang merakam tindakan tidak berperikemanusiaan ibu muda itu terhadap bayi beliau. Menurut sumber dan pendedahan noor, tindakan merakam aksi ibu muda tersebut dilakukan hanya untuk mendapatkan bukti untuk diserahkan kepada pihak polis demi menyelamatkan bayi malang berkenaan daripada terus menjadi mangsa ibunya sendiri.

Tindakan noor sebagai si perakam juga telah mendapat reaksi positif dan negatif daripada berbagai lapisan masyarakat kita. Ada yang memarahi noor kerana dikatakan hanya merakam dan hanya melarang ira si ibu muda itu daripada terus mendera bayinya sendiri. Tidak ada tindakan daripada si perakam untuk meleraikan penderaan ini sekaligus menyelamatkan bayi berkenaan pada masa itu. Tidak kurang juga yang memuji noor kerana berani merakam aksi tersebut demi menyelamatkan bayi berkenaan. Namun persoalannya, kenapa perlu merakam sehingga tamat tempoh penderaan tersebut, sehingga bayi itu bagaikan menangis, melolong dan berhenti menagis. Tidak puas dengan itu, si ibu muda itu sekali lagi bertindak menampar mulut bayinya dan membuatkan bayi itu menangis kembali. Apakah rasionalnya perlu merakam sehingga terlunas semua geram si ibu muda itu terhadap bayinya. Adakah perlu untuk merakam dan menunggu sehingga bayi tersebut tidak bernyawa lagi.

Pada pendapat saya, jika ingin dijadikan bukti dan diserahkan kepada pihak polis, 2 minit pertama daripada aksi ramakan ini sudah cukup untuk dijadikan bukti yang menunjukkan si ibu muda ini mendera bayinya dengan memukul dengan bantal, menendang anaknya. Tapi mungkin juga si perakam ini ingin memberikan bukti yang sangat kukuh kepada pihak polis. Ini adalah kisah yang berlaku di negara kita Malaysia. Namun, saya tidak menyalahkan noor kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik untuk menyelamatkan bayi tersebut.
watak utama: ira

                                         watak sampingan yang dominan : Noor

Mungkin hari ini kita mendengar kisah tentang penderaan terhadap bayi dan anak. Namun mungkin esok atau lusa, berkemungkinan juga kita akan mendengar kisah penderaan terhadap nenek, datuk, tukang kebun, tukang masak, suami atau isteri. Pokok pangkal daripada perbuatan buruk yang kita lakukan ini adalah hasutan syaitan.

Jadi, ini sahaja kupasan kisah ira si ibu muda pada kali ini. Jika terdapat kisah yang menarik minggu hadapan, saya akan kupas lagi. Sekian, terima kasih.