Friday, November 16, 2012

Jawatan Kosong Di KIST November 2012

Tags


JAWATAN KOSONG 

Tarikh iklan : 12 November 2012
Tarikh tutup : 31 Disember 2012

Akademik (Jawatan : Pensyarah)

1. Kaunseling Islam
2. Syariah
3. Medical Info
4. Psikologi Kanak-Kanak
5. Prostotic Orthotik
6. Radioterapi
7. Pengurusan Pemakanan Makanan Halal

Kelayakan:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) mempunyai tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor yang bertauliah;

d) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; dan

e) kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)

f) Calon harus mempunyai kelulusan minima Sarjana Muda dalam bidang berkaitan. Calon yang mempunyai kelulusan Sarjana atau Doktor Falsafah adalah suatu kelebihan.

g) Kakitangan akademik yang dilantik akan terlibat dalam pelbagai tugasan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran dalam membantu memantapkan halatuju dan kualiti akademik mengikut standard yang dikehendaki dan tugasan berkaitan dengan pembangunan organisasi.

Perhatian kepada pemohon : 

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan.
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu.
khairunnisa.hr.kgh.edu.my dan hamidah.hr.kgh@edu.my( untuk jawatan 1 sahaja)

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri, bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada 
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2012

e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Tingkat 2, Kelantan Trade Centre,
Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu,
Kelantan.
09-7448423