Wednesday, November 7, 2012

Jawatan Kosong Di UMP November 2012

Tags


IKLAN PERJAWATAN BUKAN AKADEMIK

1. PEMBANTU MAKMAL GRED C17 (KONTRAK : KEKOSONGAN 1)
2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (KONTRAK : KEKOSONGAN 1)
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (TETAP : KEKOSONGAN 1)
4. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (TETAP : KEKOSONGAN 2 DAN
KONTRAK : KEKOSONGAN 6)

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat syarat
dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara tetap atau kontrak.

CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
CATATAN AM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: Pada atau sebelum 16 November 2012.

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi maklumat di laman web rasmi UMP, http://www.ump.edu.my adalah pada 23 November 2012.