Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara
1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.penang.uitm.edu.my dan juga boleh dapati sendiri di Pos Pengawal Utama atau di Pejabat Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 9, Kompleks Perdana, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 03 Disember 2012.