Tuesday, July 2, 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia - Julai 2013

Tags

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia - Julai 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaaan/ Badan Berkanun yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk memohon jawatan di Lembaga Getah Malaysia seperti berikut:

1. Jurutera

2. Penolong Pegawai Penerangan

Pemohonan secara online dengan melayari laman web http://lgmjob.lgm.gov.my/vacancy/Login.aspx

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga melalui emel.

(b) Permohonan-permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.  

(d) Bagi sesi temuduga, calon juga dikehendaki membawa :-

(i) Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Kelahiran dan gambar terkini berukuran pasport ditampal pada borang permohonan.

(ii) Surat perakuan Ketua Jabatan, Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah disahkan dan laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut.

Tarikh tutup Permohonan 21 Julai 2013