Tuesday, July 2, 2013

Jawatan Kosong Di MRSM JB - Julai 2013

Tags

Jawatan Kosong Di MRSM - Julai 2013

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan
ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH ( SAMBILAN )

a. Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam ( 1 kekosongan )

b. Taraf Jawatan : Sambilan

c. Gaji + Elaun Khidmat Awam (EKA) + Elaun Sara Hidup (ESH) : ( RM 100 sehari )

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakaan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;

ii. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. 

a. Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang mengandungi maklumat-maklumat berikut :

i. Nama jawatan yang dipohon

ii. Butir-butir peribadi

iii. No. telefon & alamat e-mail ( untuk urusan panggilan temuduga )

iv. Butir-butir akademik

v. Pengalaman kerja

vi. Salinan sijil-sijil persekolahan/SPM/STP/Ijazah ( hendaklah disahkan benar )  

vii. Salinan kad pengenalan

viii.Gambar terbaru berukuran passport.

b. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK

i. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan

ii. Tidak lengkap atau tidak terang

iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan

iv. Tidak ditulis nombor kad pengenalan

v. Tidak ditandatangani.

c) Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam,
81750 , Masai
Johor.

Tarikh tutup sebelum atau pada 12 Julai 2013