Sunday, July 28, 2013

Jawatan Kosong Di Pusat Penyelidikan Klinikal ( CRC ) - Ogos 2013

Tags

Jawatan Kosong Di Pusat Penyelidikan Klinikal ( CRC ) - Ogos 2013

Pusat Penyelidikan Klinikal ( CRC ), Hosp. Wanita & Kanak-kanak Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia mengisi lantikan secara sambilan di Pusat Penyelidikan Klinikal, Hosp. Wanita & Kanak-kanak Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. PEGAWAI PENYELIDIK

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-

a) warganegara Malaysia

b) berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

d) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang KKM.SM-1/99.Pin.1/2001 yang
boleh didapati di pejabat CRC, Hosp. Wanita & Kanak-kanak Sabah seperti alamat di bawah:-

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Hosp. Wanita & Kanak-kanak Sabah (Hosp. Likas)
Perpustakaan, Tingkat 7, Pusat Perubatan Nuklear & Radioterapi,
88996 Kota Kinabalu, Sabah

Borang permohonan akan diedarkan di Pejabat CRC pada 22 Julai 2013 ( Isnin ), mulai jam 9:00 pagi.

Tarikh tutup permohonan : Isnin, 12 Ogos 2013 jam 04:00 petang.