Tuesday, July 2, 2013

Jawatan Kosong MOSTI - Julai 2013

Tags

Jawatan Kosong MOSTI - Julai 2013

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41 (2 kekosongan)

2. Pembantu Penyelidik Q17 (10 kekosongan)

Taraf Jawatan : Kontrak

Tarikh Tutup : 3 Julai 2013

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

a) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,145.88); ATAU

b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,353.44)

c) Lulus B.M (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Keutamaan diberikan kepada calon berikut :

a. Berpengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system).

b. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa

c. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan

d. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

e. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan

2. PEMBANTU PENYELIDIK Q17

a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

b) Lulus B.M (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Keutamaan diberikan kepada calon berikut :
a. Lulus subjek elektrik/ elektronik/ teknologi maklumat dalam SPM atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya b. Berpengalaman dalam penyelenggaraan sistem computer/ kelengkapan IT c. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa d. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan e. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar Bandar

LAIN-LAIN

- Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan
- Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok

CARA MEMOHON

1. Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

2. Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang

3. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada:-

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

atau Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my (tel : 03-91710415/ faks : 03-91710397)

** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga