Sunday, July 21, 2013

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Tags


Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

jawatan :-

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

senarai Jawatan kosong