Tuesday, September 4, 2012

Jawatan Kosong di bahagian perumahan perbendaharaan malaysia

Tags


Iklan jawatan kosong Bahagian Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon:

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (10 kekosongan)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Keutamaan diberikan kepada calon yang:
a. Boleh mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas;
b. Boleh bekerja lebih masa dan pada masa cuti; dan
c. Bekerja di bawah pengawasan yang minima.

Cara Memohon

1. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan kepada :

Setiausaha
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(u.p: Encik Hatta Bin Said)

2. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 7 September 2012 (Jumaat).
3. Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.