Tuesday, September 4, 2012

Jawatan kosong di perbanan stadium johor- September 2012

Tags


Permohonan adalah di pelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. (a)        JAWATAN                                        :           PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
(b)        GRED                                                      :           W17
(c)        KLASIFIKASI PERKHIDMATAN      :           SOKONGAN II
(d)        TARAF JAWATAN                               :           KONTRAK
(e)        JADUAL GAJI                                       :           RM 928.74 -  RM 2,527.73
(i)         Imbuhan Tetap Khidmat Awam               RM 115.00
(ii)        Imbuhan Tetap Perumahan                      RM 180.00
(iii)       Elaun Sara Hidup                                        RM 300.00
(iv)       Elaun Kewangan                                         RM   40.00 (tidak mempunyai sijil)
                                                                                   RM   80.00 (mempunyai sijil)

*Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17 : RM 928.74)

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a)   Warganegara Malaysia
(b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) :
(i)         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan  serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(ii)        Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iii)       Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iv)       Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh kerajaan
(v)        Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(vi)       berkebolehan bertutur,membaca dan menulis Bahasa Malaysia dengan baik.

CARA MEMOHON:

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Perbadanan
Stadium Johor dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar sampul surat berukuran 10cm X 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat  " MOHON BORANG PSJ " di sudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau
pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat di mana-mana Jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2011 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSAN YUNOS,
80350 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TA'ZIM.

TARIKH IKLAN            :           30 OGOS 2012
TARIKH TUTUP           :            30 SEPTEMBER 2012

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:

(i)            Sijil Kelahiran
(ii)           Kad Pengenalan
(iii)          Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)          Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akaun berkaitan

CATATAN AM

(a)   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
(b)   Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c)   Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri

Sumber iklan : http://www.stadiumjohor.com/kerjaya.html