Thursday, September 6, 2012

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia - September 2012

Tags


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)

Gaji         :
P1           RM1,361.14 - RM3,565.62
P2           RM1,439.77 - RM3,775.97
P3           RM1,521.80 - RM3,992.94

Syarat Lantikan :

a)             Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  [Gaji permulaan ialah pada Gred P1: RM1,361.14]; atau

b)            Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred P1: RM1,361.14]; atau

c)              Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;

d) Graduan yang baru menamatkan pengajian digalakkan untuk memohon.

e) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang :
Mahir dalam perisian  excel dan access
Boleh bekerja di dalam tekanan yang tinggi
Berkebolehan mempelajari proses kerja sedia ada dengan pantas

f)              Warganegara Malaysia
g)             Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON

a)        Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan klik : 

b)        Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon
c)         Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR

Tarikh Iklan         :               4 September 2012
Tarikh Tutup       :               17 September 2012

NOTA :

a)        Taraf jawatan adalah SEMENTARA
b)        Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
c)         Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d)        Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sumber iklan http://web.utm.my