Tuesday, September 4, 2012

Jawatan Kosong Di UUM September 2012 (11 Jawatan)

Tags


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
2. PEGAWAI FARMASI
3. PEGAWAI PERUBATAN
4. PEGAWAI PSIKOLOGI
5. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
6. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)
7. PENOLONG PENGURUS ASRAMA
8. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN
9. ARTIS BUDAYA GRED
10. AHLI MUZIK
11. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos, bernilai RM5.00 dibayar atas nama & BENDAHARI UUM7; atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan : 20 September 2012 ( Khamis )