Friday, September 28, 2012

Jawatan Kosong Di Kementerian Pengajian Tinggi Oktober 2012

Tags


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan PSH Gred 41 bagi sesi pengambilan bulan Oktober tahun 2012.
1) PEKERJA SAMBILAN HARIAN ( GRED 41)

Syarat-syarat Permohonan
  •    Warganegara Malaysia
  •    Memiliki  Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5
  •    Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  •    Mempunyai tahap kesihatan yang baik

  • Keutamaan Kelayakan
    •    Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
    •    Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat.
    •    Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampumenjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum.

    • Tawaran Pelantikan

      Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah)
      Gred : 41
      Taraf Lantikan : Sambilan
      Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan mulai tarikh melapor diri
      Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
      Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat

      Cara Memohon

      Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan.


      Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
      •        Resume
      •        Salinan kad pengenalan
      •        Salinan Ijazah beserta transkrip
      •        Salinan sijil-sijil yang berkaitan

      • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5 Oktober 2012 (Jumaat)
        Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

        Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

        Setiausaha Bahagian

        Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
        Kementerian Pengajian Tinggi
        Aras 15, No. 2, Menara 2
        Jalan P5/6, Presint 5
        62200 W.P Putrajaya
        (u.p.: Urusan Pengambilan PSH)

        Pertanyaan

        Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai pegawai berikut:

        Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat
        (Emel) diana.sps@mohe.gov.my
        (Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814

        Pn. Shuhada binti Mohd Kasim
        (Emel) shuhada@mohe.gov.my
        (Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814

        En. Affendi Nayan
        (Emel) affendi.psh@mohe.gov.my
        (Tel) 03 – 8870 4270 (Faks) 03 -8870 6814