Friday, September 28, 2012

Jawatan Kosong Di UPM Kampus Bintulu Oktober 2012

Tags


Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi
 
dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah
 
Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENGURUS ASRAMA GRED N41
3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27
5. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
7. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
8. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web www.btu.upm.edu.my.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke alamat seperti di
bawah berserta sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah
disahkan. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred
41 dan ke atas) / Penghulu / Ketua Kampung sahaja.

BAHAGIAN PENTADBIRAN
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.

Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan dibuka pada 01 Oktober 2012
jam 9.30 pagi dan akan ditutup pada 15 Oktober 2012 jam 5.00 petang.