Thursday, November 17, 2011

Dulu "KPM didesak Prihatin Nasib GSTT", Kini "Pembekuan 'posting' ISMP dibahas di parlimen"

Tags

hye guys, tadi tengah2 cari maklumat berkaitan dengan GSTT dan Posting pelajar ISMP, terjumpa la keratan berita ni...just for share.. and think about it..

KPM didesak Prihatin Nasib GSTT

sumber dari sini

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mahu Kementerian Pelajaran serius dalam memastikan masa depan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) lebih terjamin.
Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, meskipun guru-guru sandaran ini tidak menerima latihan secara formal dalam bidang pendidikan, namun mereka mempunyai pengalaman yang berguna untuk menjadi guru tetap.
“GSTT ini walaupun mereka tidak terlatih tetapi mempunyai pengalaman. Adakah kementerian bersedia memberikan keutamaan kepada GSTT memohon untuk memasuki maktab perguruan dan mempunyai diploma dalam bidang tersebut dan ada di antara mereka memang berminat menjadi guru,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan pendirian kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini serta jumlahnya.
Beliau juga ingin tahu jaminan kerajaan terhadap masa depan mereka.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang meneliti dan memuktamadkan kedudukan GSTT dalam tempoh terdekat agar pengalaman dan keupayaan guru-guru ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi guru terlatih.
—–
Sumber: Harakahdaily |10 Mac 2011|
***********************************************************************************

Pembekuan 'posting' ISMP dibahas di parlimensumber dari sini

Tanjong Malim, 17 Nov. - Isu pembekuan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih 'tergantung' telah dibahas di Dewan Rakyat (Parlimen) dalam satu sesi perbahasan Menteri Pelajaran kira-kira jam 5 hingga 7 petang semalam.


Menurut sumber, perbahasan tentang status seluruh graduan ISMP Malaysia telah dibawa oleh YB Salahuddin Ayub (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian dengan mengajukan soalan lisan kepada Tim. Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.


Salahuddin Ayub telah mengajukan soalan lisan kepada Tim. Menteri Pelajaran dengan bertanya 'bilakah graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan ditempatkan ?'


Namun, Dr. Wee Ka Siong dilaporkan mengelak dari memberi jawapan yang jelas dan menyatakan bahawa kerajaan melalui surat JPA 12 Oktober 2011 membekukan pengambilan sehingga 31 Disember 2011 disebabkan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula tahun depan.


Dalam pada itu, ekoran tiada jawapan yang jelas, Ahli Parlimen Padang Terap (PAS), Nasir Zakaria turut membahaskan isu tersebut dan mendesak agar penempatan graduan ISMP ini dilakukan dengan kadar segera.


Katanya "Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI,"


Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya.


"Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera " katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, 16 November semalam.

**********************************TAMAT*******************************


malas nk cakap ape² dah...layankan aje la sume...