Wednesday, November 16, 2011

Sumber Harakahdaily - Penempatan guru: Muhyiddin wajar letak jawatan

Tags

Penempatan guru: Muhyiddin wajar letak jawatan| Print |
Harakahdaily
sumber dari sini
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Gabungan Ikatan Islam Se-Malaysia (Gamis) menasihatkan
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran
kegagalannya menangani masalah penempatan guru graduan pendidikan.















Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini,
presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sehingga kini masih gagal
memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

"Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan
mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran dikalangan graduan
bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan
hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari
kerja lain selain dari guru," katanya.
Selain itu beliau juga mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianak tiri, dalam
masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap
ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang
tamat pengajiannya pada 2011 ini.
Menurutnya, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam
daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran
graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam
dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut.
"Lebih mengecewakan ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada
anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru
bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam
masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur.
"Soalnya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita," soal Syazwan.
Tambahnya lagi, kegagalan garaduan ditempatkan juga menyebabkan mereka terus terbeban
untuk membayar wang pinjaman PTPTN.
Tekanan ini katanya, sepatutnya diselesaikan dengan bijak oleh seorang Menteri Pelajaran
dengan memberikan ruang dan jalan yang sesuai, bukannya lari dari tanggungjawab dengan
menyuruh bakal guru untuk bekerja di sektor lain.
"Sesunggunya amat songsang dengan falsafah pendidikan apabila seorang bakal guru
disaran untuk bekerja diladang ternakan lembu.
"Maka pihak Gamis merasakan Tan Sri Muhyidin Yasin perlu meletakkan jawatan atas
kegagalan menguruskan graduan dan bakal guru ini disamping dasar pendidikan yang tidak
konsisten dan menyusahkan rakyat termasuk juga dalam isu PPSMI.
"Jawatan ini perlu diberi kepada yang layak dan mampu berfikir untuk mencari jalan
penyelesaian, bukan helah untuk selamatkan diri dan kepentingan," tegasnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
apa komen anda?