Monday, July 23, 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu

Tags

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sistem Maklumat
  • Gred Gaji : F292.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya;

(d) Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam pengaturcaraan PHP dan berkemahiran dalam aplikasi Moodle merupakan satu kelebihan. dan

(e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Taraf Jawatan : Tetap atau kontrak.

4. Penaklukan Di Bawah Syaratsyarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5. Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Tarikh tutup permohonan 31 julai 2012