Wednesday, July 4, 2012

Jawatan Kosong di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Tags

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Lantikan akan dibuat bertaraf tetap atau kontrak mengikut kesesuaian.Pemohon boleh mengisi secara online bermula 04 Julai 2012 (Rabu)

1. PEGAWAI PSIKOLOGI
2. PEGAWAI KESELAMATAN
3. JURUTERA (ELEKTRIK)
4. JURUTERA (AWAM)
5. PEGAWAI PENYELIDIK
6. PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG)
7. PENOLONG JURUTERA (AWAM)
8. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)
9. AHLI MUZIK
10. PEMBANTU MAKMAL
11. JURUTEKNIK (AWAM)
12. TUKANG K3 (AWAM)

B) SYARAT - SYARAT LANTIKAN


PANDUAN PERMOHONAN
 i)Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. SILA KLIK DI SINI  UNTUK MENGISI SECARA ONLINE. 

ii)Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan nombor rujukan permohonan anda. 

iii)Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.

iv)Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae /Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:


(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan  tersusun
(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan 
     beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI
(d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

v)Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat



UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak
 
Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.


Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Anuar) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.


D) TARIKH TUTUP PERMOHONAN


 Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Julai 2012 (Selasa)
KLIK DI SINI  UNTUK MENGISI SECARA ONLINE.