Thursday, July 5, 2012

JAWATAN KOSONG Institut Sains Angkasa (ANGKASA)

Tags


IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENYELIDIK (RESEARCH ASSISTANT (RA))
Institut Sains Angkasa (ANGKASA) dengan ini ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (Research Assistant (RA)) secara kontrak sementara enam (6) bulan (boleh dipendekkan atau dilanjutkan mengikut keperluan  kerja semasa) bagi projek Pengurusan dan Kawalan Pengkalan Data ANGKASA.

1) PEMBANTU PENYELIDIK (RESEARCH ASSISTANT (RA)

Syarat Lantikan & Kelayakan:

I. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun.

II. Memiliki Diploma dalam bidang IT/ Sains/Kejuruteraan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

III. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

IV. Fasih berbahasa inggeris (bertutur dan menulis)

Cara Memohon:

Bagi calon-calon warganegara Malaysia yang berminat untuk jawatan di atas, sila hantar  borang permohonan (boleh didapati di www.research.ukm.my) dan resume lengkap dengan menyatakan 2 atau  3 orang referee di dalam resume tersebut melalui emel kepada nhayati_ar@ukm.my atau secara pos ke alamat berikut:

Penolong Pendaftar
Institut Sains Angkasa (ANGKASA)
Aras 2, Bangunan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Noor Hayati Ahmad Rasol di talian 03-8921 6858