Bank Rakyat mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan-jawatan terbuka seperti berikut:
1. EKSEKUTIF KONTRAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Syarat-syarat Kelayakan:
• Mempunyai kelulusan minimum Diploma dalam bidang Perbankan / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA.
• Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 3.00 ke atas.
• Berumur di antara 21 - 30 tahun.
• Mempunyai kemahiran komunikasi (Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris) dan boleh berinteraksi dengan semua golongan.
• Mempunyai daya usaha berorientasikan pencapaian.
• Aktif penglibatan dalam aktiviti persatuan atau sukan
• Boleh bekerja dalam satu pasukan.
2. KERANI KONTRAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)
Syarat-syarat Kelayakan:
Berumur 18 - 25 tahun
Kelayakan akademik :
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya :
• Bahasa Melayu : Kredit
• Matematik : Kredit (Sekiranya tidak mencapai tahap kredit, mesti kredit salah satu subjek Prinsip Akaun/Perdagangan/ Ekonomi Asas)
• Bahasa Inggeris : Kredit
• Kemahiran dalam menggunakan komputer.
• Pengalaman dalam bidang perbankan/perakaunan adalah satu kelebihan.
• Mempunyai kemahiran komunikasi (Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris) dan boleh berinteraksi dengan semua golongan.
• Aktif penglibatan dalam aktiviti persatuan atau sukan
• Boleh bekerja dalam satu pasukan
Tarikh tutup :10 Januari 2013