Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :
1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Undang Undang
3. Jurutera
4. Setiausaha Pejabat
Pemohon yang berminat boleh mengisi borang PKS(T) yang boleh didapati dimana mana cawangan diseluruh negara atau layari laman web PERKESO di http://www.perkeso.gov.my
Tarikh tutup permohonan 28 disember 2012