Sunday, December 23, 2012

Jawatan Kosong Di Institut Profesional Baitulmal Disember 2012

Tags


IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Sekiranya anda adalah seorang individu yang proaktif dan berdedikasi maka anda adalah layak untuk memohon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

JAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI 

1. KETUA EKSEKUTIF (KONTRAK)

Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan hal ehwal Institut dan melaporkan kepada Pengerusi & Lembaga Pengarah IPB hal-hal pembangunan dan perjalanan Organisasi.

Syarat Kelayakkan Minimum. 
  • Memiliki Sarjana Dalam Bidang Pengurusan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Awam atau Kelayakan Yang Setaraf Dengannya.
  • Calon yang mepunyai kelayakan PHD atau ikhtisas akan diberikan keutamaan
  • Berumur 45 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai skil kepimpinan , komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Berkebolehan untuk melontarkan idea-idea yang bernas demi kemajuan organisasi

2. PENGARAH AKADEMIK (TETAP)

Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan hal ehwal Jabatan Akademik dan bertindak sebagai salah seorang wakil pengurusan Institut

Syarat Kelayakkan Minimum. 
  • Memiliki PhD Dalam bidang Pengurusan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam industri pendidikan atau pengurusan Jabatan Akademik.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai skil kepimpinan , komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Berkebolehan untuk melontarkan idea-idea yang bernas demi kemajuan organisasi
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam prosedur-prosedur yang melibatkan MQA,JPT dan ISO.
  • Calon yang juga mepunyai kelayakan ikhtisas akan diberikan keutamaan.

3. PENDAFTAR (tetap)

Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan hal ehwal Jabatan Pentadbiran dan bertindak sebagai salah seorang wakil pengurusan Institut.

Syarat Kelayakkan Minimum. 
  • Memiliki Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Dalam bidang Pengurusan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam industri pendidikan.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai skil kepimpinan , komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Berkebolehan untuk melontarkan idea-idea yang bernas demi kemajuan organisasi.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam prosedur-prosedur yang melibatkan MQA, JPT, ISO dan hal ehwal pengurusan institusi pengajian tinggi swasta.

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

4. EKSEKUTIF KANAN UNIT KUALITI DAN INOVASI (TETAP)

Syarat Kelayakan Minima. 
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Dalam Bidang Teknologi Maklumat / Pengurusan / Perakaunan dan Pentadbiran Awam.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam menyelaras, mendokumentasi dan mengaplikasi sistem pengurusan dokumen secara efisyen selaras dengan MS ISO 9001:2008, MQA, JPT dan badan-badan Ikhtisas yang lain. 

5. SETIAUSAHA KEPADA KETUA EKSEKUTIF (TETAP)

Syarat Kelayakan Minima. 
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Dalam Bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat/ Sains Kesetiausahaan / Pengajian Kesetiausahaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Berperwatakan yang menarik serta mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
  • Mahir berbahasa dan menulis di dalam Bahasa Inggeris . Deskripsi Tugas :
  • Pengendalian surat menyurat.
  • Mengendalikan panggilan telefon (pertanyaan umum,mengatur temu janji).
  • Pengurusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah/Pengurusan .
  • Mengawal selia jadual Ketua Eksekutif.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 Disember 2012
(Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.)

Kami menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan, perlindungan insuran, elaun perkhidmatan, bonus, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya. Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, mampu menyumbangkan idea-idea yang bernas, berfikiran positif serta suka pada cabaran, sila hantarkan permohonan anda dengan mengemukakan resume yang lengkap berserta salinan sijil transkrip akademik yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

UNIT SUMBER MANUSIA
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
Lot 1363 Jalan Perkasa
Off Jalan Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-92814054 ext : 1000 @ 1001

Permohonan melalui faks atau email tidak akan diterima.

**Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul surat.

Sumber iklan : http://www.ipb.edu.my/ipb/job.php