Monday, December 3, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (MPIB) Disember 2012

Tags


Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan berikut :


*maklumat lanjut jawatan klik nama jawatan

PERMOHONAN

1. Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh didapati di laman web LPNM http://www.mpib.gov.my 



2. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 17hb. Disember, 2012.


1. Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my 

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.

6. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut : 

i) Salinan Sijil Kelahiran 
ii) Salinan Kad Pengenalan 
iii) Salinan Lesen Memandu

iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah 
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR 
vi) Surat sokongan/kebenaran 
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini) 
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

9. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah

KETUA PENGARAH 
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
WISMA NANAS,
NO. 5, JALAN PADI MAHSURI,
BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM 
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Perjawatan)