Monday, December 3, 2012

Jawatan Kosong Polis Bantuan TNB Disember 2012

Tags


Warganegara Malaysia dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti berikut : 

1. PEMBANTU KESELAMATAN BIASA ‘B’ (Polis Bantuan TNB) 

Maklumat Lanjut 

Gaji Tetap : RM950.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Elaun Tetap Khas Pengangkutan : RM225.00
Taraf Jawatan : Tetap

Calon-calon Luar dan Calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘online’. Sila layari :

For internal users (within TNB LAN):


For external users : 


Sila maklum bahawa sebarang permohonan dari calon-calon Luar dan calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera tanpa melalui ‘link’ di atas, tidak akan dilayan. 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Puan Norsapura binti Baharom

Tel : 03-7964 3630 Emel : sapura.baharom@tnb.com.my

Cik Nurzul Atikah binti Ramli @ Malek

Tel : 03-7964 3630 Emel : nurzul.ramli@tnb.com.my

Encik Mohd Zulhelmi bin Abdullah

Tel : 03-7964 3635 Emel : zulhelmiabd@tnb.com.my

Bidang Tugas

Syarat Kelayakan

a. Calon Luar

i. Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja).
ii. Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.
iv. Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.

b. Calon Dari Bekas Polis Dan Tentera

i. Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup boleh juga memohon.
ii. Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.

Syarat Asas

i. Ketinggian minima 1.65m (5’ 4”) tanpa sepatu.
ii. Berat badan minima 47.6 kg (105 paun).
iii. Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm (32” – 34”) semasa menarik nafas.
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vi. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
vii. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Tarikh Tutup: 22 Dec 2012

Sumber iklan : https://emadis.tnb.com.my

1 comments so far

adekah borang akan diterima jika mhantar pada tarikh tutup?