Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.
Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin
Sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan semasa.Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925