Friday, October 12, 2012

Jawatan Kosong Di KUIN Oktober 2012

Tags


Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) menawarkan kerja kosong sambilan (part time) sebagai Pembantu Pengawas Peperiksaan. Bagi anda yang berminat dan berkelayakan sila baca keterangan lanjut di bawah:

JAWATAN : PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (SAMBILAN)

TEMPOH DIPERLUKAN : PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2012/2013 18 OKTOBER 2012 SEHINGGA 12 NOVEMBER 2012

GAJI HARIAN : RM35.66 SEHARI

SYARAT DAN KELAYAKAN:
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Melayu pada peringkat SPM;
  • Berkebolehan Bahasa Inggeris / Bahasa Arab (diberi keutamaan) atau;
  • Bekas pelajar KUIN yang tamat pengajian dalam tempoh 3 tahun;
  • Perwatakan yang baik, kemas dan berdisiplin; dan
  • Jujur dan amanah.
  • Borang permohonan Klik Disini

    Sila hantar borang permohonan beserta sekeping gambar berukuran pasport dan salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diakui sebenar dihantar kepada : Pendaftar, Kolej Universiti INSANIAH, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar Kedah Darul Aman (u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) sebelum atau pada

    13 OKTOBER 2012.

    Nota:

    1. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
    2. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
    3. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Kolej Universiti INSANIAH.
    4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 16 Oktober 2012 adalah dianggap tidak  berjaya.