Friday, October 12, 2012

Jawatan Kosong Di UNISEL Oktober 2012

Tags


Universiti Selangor atau UNISEL merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999, dan sehingga kini menawarkan pelbagai kursus dan pasca siswazah yang terletak di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung  memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.

1. PENOLONG BENDAHARI (W41)
2. JURUAUDIT (W41)

1. Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan beserta sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI

2. Subjek (tajuk) email adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Penolong Bendahari (W41)

3. Borang permohonan boleh dihantar ke email perjawatan@unisel.edu.my

4. Permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat seperti yang dinyatakan.

5. Status jawatan adalah KONTRAK.

6. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 26 Oktober 2012.

ALAMAT PERMOHONAN :

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar,
Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia,
Universiti Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor

u/p : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan

Tel      : 03 - 3280 5058/5077            
Fax     : 03 - 3289 7335

Sila tulis nama jawatan dipohon dibahagian atas sebelah kanan sampul surat.